Posts Tagged ‘Add new tag’

BRONKITIS

-Sejenis penyakit yang juga dikenali sebagai radang paru-paru.Ia menyebabkan penyempitan saluran pernafasan serta hilang fungsi mengembang dan menguncup.
-Dua fenomena akan berlaku iaitu’hiposemia’iaitu kekurangan oksigen dalam darah dan ‘hipercapnia’ iaitu penakungan bahan kumuh karbon dioksida yang tidak dapat dikeluarkan oleh paru-paru.
Jenis-Jenis Penyakit

-CAD (Chronic Obstructive airways disease)
-penyempitan saluran pernafasan secara kronik
-IOAD (Irreversible obstructive airways disease
-Ia adalah penyakit kelainan genetik kerana kekurangan antitripsia antibodi menyebabkan seseorang itu menderita’amphesema’ pada usia muda.Implikasinya tisu paru-paru(alveoli)akan mengembang dan merosakkan dinding pundi-pundi udara akhirnya hilang sifat keanjalan(elasticity)

Punca Penyakit/Faktor Risiko

-Tabiat merokok
-Pencemaran udara dari industri dan pembangunan
-Asap dari kenderaan
-Jangkitan paru-paru yang berulang-ulang seperti pneumonia,virus dan TB
-Penyakit Asma
-Alahan dan rentetan dari radang hidung atau resdung
-Kelainan genetik

Tanda-Tanda/Simptom

-Sesak nafas
-Batuk berpanjangan dan berkahak
-Tidak dapat tidur dengan selesa
-Berasa lemas
-Bibir,mulut,jejari menjadi biru
-Sakit kepala(rasa seperti bengang)
-Pengsan kerana keracunan dalam darah

*Fizikal bagi emphesema :
-Kurus kering
-Sukar bernafas
-Proses pengembangan dan pengucupan tidak sempurna tapi tidak biru(pink puffers)

*Fizikal bagi’chronic bronchitis’:
-Bertubuh kronik
-Masalah kesukaran bernafas tidak ketara
-Mengalami kebiruan pada mulut,jari dan bibir
-Bengkak pada kaki dan badan(Blue blotters)

Langkah pencegahan
-Meninggalkan tabiat merokok
-Hidup dalam persekitaran yang bersih

Komplikasi
-Mudah mendapat jangkitan paru-paru dan pneumonia
-Kegagalan jantung (corpulmonale)
-Kekurangan oksigen dalam darah menyebabkan hati,jantung,buah pinggang dan otak tidak berfungsi dengan sempurna
-Pengsan secara tiba-tiba

Rawatan/Pengesanan

-Rawatan bronchodilator dan antibiotik
-Ujian X-ray
-Ujian pernafasan
-Ujian CT Scan
-Ujian kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam darah(blood gueses)

KANSER

a)Pengenalan Penyakit
-Sejenis ketumbuhan yang dapat berkembang biak dan merebak ke seluruh tubuh manusia dan merosakkan organ-organ tertentu.
-Dua kategori kanser iaitu solid kanser yang terjadi pada organ-organ manusia dan kanser seperti leukimia.

b)Jenis-jenis kanser
_Kanser otak
-Kanser paru-paru
-Kanser buah pinggang
-Kanser hati
-Kanser usus/perut
-Kanser buah dada
-Kanser tulang
-Kanser tiroid
-kanser pangkal rahim
-Kanser pangkal hidung
-kanser darah
-Kanser mata

c)Punca Penyakit/Faktor risiko
-Genetik atau Oncogen
-Terdedah pada bahan-bahan radioaktif
-Keseimbangan hormon dalam badan
-Jangkitan kuman dan virus seperti HIV dan hepatiti B
-Pertumbuhan sel yang tidak terkawal

d)Komplikasi
-Penghidap akan menderita walaupun mendapat rawatan
-Boleh menyebabkan kematian dalam waktu yang singkat
-Kanser yang telah dibuang akan tumbuh semula di tempat yang sama atau tempat lain jika ia telah merebak ke tubuh yang dikenali ‘metasosis’

HEMOFILIA

-Merupakan sejenis penyakit darah keturunan yang sedia ada sejak seseorang itu dilahirkan yang berpunca daripada kurangnya faktor pembeku dalam darah.
-Penyakit ini hanya dihadapi oleh anak lelaki yang diwarisi daripada ibunya.
-Keganjilan ini disebabkan warisan genetik yang dibawa oleh kromosom X.Lelaki yang hanya mempunyai satu kromosom X akan menghadapi masalah pengaliran darah.
-Sebaliknya perempuan memiliki dua X(XX) dimana satu gen yang dibawa adalah normal,manakala satu gen yang dimiliki boleh menurunkan gen kepada anak mereka.
-Wanita yang mempunyai gen yang abnormal ini diistilah sebagai pembawa
Penyakit ini diturunkan dari satu generasi kepada generas yang lain.
-Anak lelaki yang mewarisi gen yang abnormal ini diistilahkan sebagai pembawa.Penyakit ini diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain.
-Anak lelaki yang mewarisi gen yang abnormal ini akan menghidap penyakit ‘hemofilia’.Sebaliknya bagi anak perempuan ia tidak menunjukkan sebarang kesan dalam pembekuan darah.Sebaliknya bagi anak perempuan ia tidak menunjukkan sebarang kesan dalam pembekuan darah.Sebaliknya mereka diistilahkan sebagai pembawa.

JENIS-JENIS PENYAKIT

-Hemofilia A-Disebabkan kekurangan faktor pembeku iaitu faktor VIII.Molekul faktor VIII mereka berbeza daripada biasa,menyebabkan ketiadaan atau kekurangan faktor tersebut.Molekul faktor VIII ini dihasilkan di dalam selaput pembuluh darah manusia dan juga pesakit hemofilia.
-Hemofilia B-disebabkan kekurangan faktor IX.

TANDA-TANDA / SIMPTOM

1) Serius
   -Pendarahan kerap berlaku dengan sendiri secara berlebihan selepas luka atau kemalangan.Bagaimanapun luka kecil dan calar di bahagian luar biasanya akan berhenti dengan cepat,Selepas menerima rawatan

MANDUL

Pengenalan Penyakit

-Dianggarkan 30% daripada masalah kemandulan (kesuburan) berpunca daripada pihak suami manakala 30% lagi dari isteri.
-Apabila janin yang berjantina perempuan terbentuk dalam rahim ibunya, ia dibekalkan hampir 2 juta bakal benih yang tersimpan di dalam sepasang kilang atau ovari.
-Kedua-dua belah ovari yang terbentuk di bawah kedua-dua buah pinggang akan turun perlahan-lahan ke arah pinggang dan terlekat di kedua belah rahim
-Telur-telur ini tidak akan berfungsi sehinggalah gadis tersebut mencapai umur matang
-Kesannya hanya 50,000 biji telur yang tinggal dan berupaya mengembang apabila perlu untuk menjadi telur yang matang
-Ovari yang mula berfungsi menghasilkan benih-benih yang matang apabila menerima rangsangan hormon FSH dan LH dari organ pitnitari otak.Secara am,kedua-dua belah ovari bergilir-gilir menghasilkan telur bagi setiap pusingan haid,

Jenis-Jenis Penyakit

-Kemandulan primer – mereka yang tidak pernah hamil atau melahirkan cahaya mata
-Kemandulan sekunder – mereka yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat, samada mengalami keguguran atau  kandungan yang tidak cukup bulan.

Punca penyakit / Faktor Risiko

1) Kurang rangsangan hormon dari otak
  -Terdapat beberapa penyakit atau keadaan yang mempengaruhi penghasilan telur
 
   a) kemurungan (depression) atau kesedihan yang amat sangat
   b) kerungsingan atau ketegangan seperti menghadapi peperiksaan atau       bermasalah
   c) Tiroid atau beguk
   d) Penyakit buah pinggang
   e) Barah prolaktinanoma dari organ pitnitari di otak -ia menghasilkan       hormon prolaktin yang mengurangkan penghasilan hormon FSH dan LH       dari otak
   f) Sindrom sheehan – apabila wanita tersebut mengalami pendarahan yang       banyak semasa melahirkan anak yang akhir berlaku pengecutan organ       pitnitari di otak.Ia tidak akan mengalami pusingan haid selepas             kelahiran tersebut.
 
  -Masalah Ovari (kilang telur)

   a) Jangkitan bakteria atau virus- menyebabkan kerosakan secara menyeluruh terhadap kedua- dua ovari.Telur yang sihat tidak       dapat dihasilkan atau dirangsang menjadi matang.Virus yang berkaitan ialah virus ‘mumps’ yang mengakibatkan bahagian          kelenjar air liur bengkak.
   b) Rawatan radioterapi atau antikanser- Mereka yang menjalani rawatan radioterapi pada bahagian pinggang atau tulang             pinggul,terdapat kemungkinan tisu-tisu ovari termasuk telur akan musnah.
   c) Sindrom polycystic ovari- satu keadaan di mana terdapat ketidakseimbangan hormon dari ptnitari
                              – biasanya yang bertubuh gemuk dan ada kalanya mereka mempunyai misai atau janggut
                              – pusingan haid yang tidak menentu dan kadang kala tiada haid selama 6 bulan atau lebih
   d) Walaupun mempunyai telur yang banyak pada keadaan yang tidak sesuai ia tidak dapat membesar atau pecah untuk             mengeluarkan benih

  -Sindrom turner -wanita yang dilahirkan tanpa ovari dan memiliki rahim yang kecil serta bertubuh kecil.
                  -mereka yang tidak mempunyai pusingan haid dan tidak subur kerana mereka tiada benih.

  -Masalah saluran fallopian -penyumbatan saluran atau kehilangannya menyukarkan penyedutan benih dari telur yang pecah       bersama-sama sperma untuk melakukan persenyawaan.
  
    -Ia berpunca daripada :
                          
      (a) Jangkitan saluran fallopia – berlaku jangkitan penyakit kelamin atau bakteria selepas melahirkan atau menggugurkan           kandungan dan akibat jangkitan kuman TB
      (b) ‘endometriosis’ atau senggugut- apabila terdapat selaput rahim termasuk ke dalam saluran fallopian dan melekat di           luar rahim serta ketika pusingan haid pendarahan berlaku dalam rahim, saluran fallopian dan luar rahim.
      (c) Ia menghalang sperma untuk hidup- Saluran fallopian tidak bersambung dan wanita yang dilahirkan dengan saluran           fallopian terbantut dan tidak bersambung di hujungnya.
 
  -Masalah rahim

     a) Fibroid, polip atau adenomiosis
        -Ketumbuhan fibroid dan polip dalam rahim atau senggugut pada dinding rahim boleh menghalang janin melekat pada                dindingnya.Ia boleh membentuk pada mana-mana bahagian rahim dan membesar mengikut masa.
        -adenomiosis ialah keadaan senggugut di mana selaput rahim memasuki ke dalam rahim
        -Keadaan ini menyebabkan kandungan haid yang banyak sehingga darah keluar berketul-ketul.

     b) Jangkitan Rahim
        -Jangkitan penyakit kelamin atau TB boleh merosakkan selaput rahim sehingga ia tidak sesuai menerima janin.
        -Sperma boleh mati akibat keadaan toksik dalam rahim

     c) Lapisan selaput rahim terlalu nipis
        -Ketika melalui operasi mencuci rahim (D & C) kerana pendarahan atau keguguran
        -Ketika haid terdapat beberapa titik darah yang keluar atau tiada lansung.

 -Masalah pangkal rahim
   
    -Pintu rahim tersumbat
    -Operasi D & C atau jangkitan pangkal rahim menghalang sperma memasuki rahim
    -Jangkitan faraj atau pintu rahim
    -Keluanya keputihan yang gatal (jika jangkitan kulat), lendir kekuningan atau kehijauan jika jangkitan kuman
    -Baunya agak busuk dan bahagian luar kemaluan menjadi kemerah-merahan
    -antibodi terhadap sperma
    -Penghasilan antibodi dalam cairan pangkal rahim boleh menjejaskan pergerakan sperma dan mati apabila memasukinya

 -Masalah telur
 
  1)Telur yang kurang berkualiti
    -walaupun telur banyak dihasilkan namun ia kurang berkualiti meskipun berlaku persenyawaan
    -ia biasanya berlaku pada wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

  2)Telur berkulit tebal
    -ia menyukarkan sperma yang paling aktif untuk menembusinya sekali gus menghalang persenyawaan.
    -sekiranya sperma berjaya menembusinya janin yang terbentuk akan terbentuk pertumbuhannya atau lupus terus di dalamnya.

EPILEPSI(SAWAN)

-Terjadi kerana terdapatnya cetusan elektrik yang berlebihan di sebahagian(epilepsi partial) atau keseluruhan otak (epilepsi general)
-Apabila terkena serangan mereka akan mengeluarkan bunyi yang kuat,hilang kesedaran dan rebah.Mata menjadi celik ke atas,otot-otot menjadi tegang dan mengalami kancing gigi dan bibir kelihatan kebiruan.
-Selepas 20-30saat,kedua-dua tangan dan kakinya akan bergerak dengan pantas dalam tempoh 30 saat hingga 1 minit.
-Dalam keadaan tersebut pesakit tidak dapat mengawal saluran kencing,lidah mungkin tergigit dan mulut berbuih.
-Selepas itu pesakit akan pengsan untuk beberapa minit.

Jenis-Jenis Penyakit

1)Absence attack- menyebabkan pesakit hilang kesedaran dengan keadaan seolah-olah termenung dalam masa beberapa saat tetapi tidak rebah.Mata berkelip-kelip dan keadaan mata akan anik ke atas.Ia selalunya menyerang kanak-kanak yang berusia 8-10 tahun.

2)Epilepsi Tonik
-Mereka hanya jatuh tanpa sebab tertentu dalam keadaan sedar mengadu kaki menjadi lemah.Ia menyerang kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang lembab.

3)Epilepsi mioklonus
-Mereka yang terkejut secara tiba-tiba selepas bangun dari tidur.Keadaan kedua-dua kaki seperti tersentap.

Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Faktor genetik/keturunan
-Ketumbuhan otak
-Jangkitan otak
-Kecederaan otak
-Kelainan urat darah dalam otak
-Penyakit metabolik seperti kekurangan gula dalam darah,kegagalan ginjal dan  racun-racun serangga.
 ‘sklerosis hipokampus’iaitu kelainan satu struktur dalam otak dinamakan  ‘hipokampus’yang telah menjadi parut semasa pesakit di peringkat kanak-kanak.

KATARAK

Pengenalan Penyakit
-Katarak adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya.
-Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan pesakit akan menjadi buta jika tidak dirawat

b)Punca penyakit/faktor risiko
-Pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakitnya.
-Kelebihan gula yang ada dalam darah akan menyebabkan berlakunya katarak
-Orang dewasa yang berumur 60 tahun keatas
-Katarak merupakan suatu proses akibat perlanjutan usia
-Kanak-kanak dan bayi baru lahir dengan komplikasi
-Katarak boleh berlaku jika ibu menghidap infeksi seperti penyakit Rubella semasa mengandung

c)Tanda-tanda/Simptom
-Penglihatan semakin kabur
-Sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas
-Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang
-Selaput putih pada anak mata
-Merasa silau terhadap cahaya

d)Langkah pencegahan
-Segeralah berjumpa doktor mata untuk pemeriksaan bagi mencegah diri anda dari kehilangan penglihatan
-Jauhi diri anda dari asap,debu dan cuaca yang panas

FOBIA

Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus. Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama.Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders).umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa (abnormal fears).

Jenis-jenis fobia.

1)Fobia biasa (Simple Phobia)
2)Fobia agora (Agora Phobia)
3)Fobia Sosial (Social Phobia)

-Fobia biasa dikatakan jarang sekali berlaku. Antara ciri=cirinya adalah takut  pada ular,kegelapan,lif,menaiki kapalterbang atau berada ditempat tinggi.
-Fobia Agora biasanya bagi mereka yang takut berada di tempat-tempat umum  seperti pasar,dalam bas,atau jambatan atau keadaan bersesak-sesak dengan  orang ramai.
-Fobia sosial berlaku apabila seseorang itu merasa takut,tidak selesa dan  cemas dalam situasi seperti perjumpaan,berinteraksi dengan rakan atau makan  di khalayak ramai.

Langkah pencegahan.
-Penghidap seharusnya tidak mengelakkan diri daripada berhadapan dengan   situasi yang ditakuti.
-Yakinkan diri bahawa tiada bahaya akan menimpa anda.
-Teknik relaks (relaxation techniques).
-Tumpukan perhatian dan fikiran pada sesuatu yang positif bagi membantu  meneutralkan perasaan bimbang atau takut yang dialami

Komplikasi.
-Kemurungan (depression).
-Gangguan dari aspek aktiviti harian atau sosial.
-Panik.
-Mengambil minuman keras secara berlebihan.
-Merasa rendah diri (inferiority complex) dan tidak mempunyai ramai kawan.

PARU-PARU BERAIR

Pengenalan Penyakit

-Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’
-Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.
-Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.
-Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.
Jenis-Jenis Penyakit

-Exudate
-Transudate

Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang
-Batuk kering (TB)
-Pneumonia
-Kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan)
-Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’
-‘Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis
-Kegagalan jantung
-Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang)
-Sirosis hati

Tanda-Tanda / Simptom

(1) Exudate
    -Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml)
    -Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi
    -Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah           daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
    -Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB)
    -Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang      serius dalam kaviti pleura.

(2) Transudate
    -berwarna lebih jernih dan cair
    -kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml
    -terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari      paru-paru
    -dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan      onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air        keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.

KANSER MULUT

a) Pengenalan Penyakit
-Kanser mulut merupakan penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi
-Ia merupakan fungsi seseorang untuk makan bercakap, bernafas, menelan dan menanggung kesakitan
-Mereka yang kerap mendapat kanser ini adalah di kalangan masyarakat India diikuti oleh kaum Iban, Bidayuh, Dayak dan Kadazan.

b)Jenis-jenis Penyakit
-Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan pada lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai ‘karsinoma sel skuama’
-Kanser ini biasanya akan merebak pada modul-modul limfa bahagian leher
-10% lagi wujud pada kanser tulang, kilang air liur dan tisu lapisan bawah mukosa mulut.
-Kanser’adenoisistik carcinoma’ini boleh merebak pada paru-paru dan organ-organ lain

c)Punca penyakit/faktor risiko
-Tabiat mengunyah sirih bercampur pinang atau tembakau
-Tabiat mengunyah tembakau sahaja
-Merokok
-Minum minuman keras
-Penghidap HIV dan siflis
-Mereka yang berumur 40 tahun ke atas
-Genetik

d)Tanda-tanda/simptom
-Kudis yang tidak sembuh lebih dari sebulan dan biasanya tidak sakit
-Terdapat tompok-tompok putih yang tidak hilang setelah disapu
-Bengkak yang semakin membesar tetapi tidak sihat
-Pada peringkat serius
  Kesakitan yang berterusan
  Sukar untuk makan
  Kudis yang besar pada mulut
  Bengkak pada tepi leher
  Sukar menelan
  Bau yang busuk akibat daging yang telah mati

e)Langkah Pencegahan
-Amalkan memakan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan segar
-Tingkatkan pengambilan beta-keratin (vitamin A)

f)Komplikasi
-Kanser ini boleh merebak dengan pelbagai cara dan menggangu tabiat pemakanan seseorang dan akhirnya mengakibatkan badan seseorang kekurangan air dan kelaparan
-Baki cebisan makanan boleh mendedahkan pada radang paru-paru
-Memusnahkan sistem saraf pada bahagian dasar tengkorak
-Boleh merosakkan saluran pembuluh darah yang besar yang boleh membawa kepada pendarahan yang sukar dikawal
-Ia boleh membawa maut jika tidak dikawal

KUSTA

Pengenalan Penyakit

Penyakit kusta boleh dikategorikan sebagai penyakit berjangkit secara terus atau secara tidak langsung.
Jangkitan ini bergantung kepada :

-Jenis Kusta yang dihidapi oleh individu sama yang banyak kuman (MB) atau yang kurang kuman (PB)
-Tempoh atau kekerapan hubungan dengan orang yang terkena penyakit.Tapi ia bergantung pada tahap ketahanan tubuh seseorang.
-Jangkitan ini mengambil masa yang agak lama iaitu antara 3 hingga 4 tahun sebelum terbentuk atau jelas keluhatan di atas kulit.
-Kuman kusta gemar mendiami kawasan tubuh yang bersuhu sejuk sperti hidung,cuping telinga dan kulit.

Jenis-Jenis Kusta

1) Tuberculoid
2) Borderline tuberculoid
3) Borderline
4) Borderline lepromatous
5) Lepromatous

– Bagi jenis tuberculoid dan borderline tuber culoid, kadar jangkitannya sangat rendah.Sebaliknya bagi jenis borderline, borderline lepromatous dan lepromatous kadar jangkitannya lebih tinggi iaitu antara 4 hingga 11 kali ganda.

Punca Penyakit / Faktor Risiko

1)Kusta disebabkan oleh sejenis organisme bakteria yang dikenali sebagai mycobacterium leprae
  -Bakteria ini hanya boleh tinggal pada manusia dan tikus

Tanda- Tanda / Simptom

1) Ruam pada mana-mana bahgaian tubuh seperti muka, dada dan lain-lain.Ia adalah lebih cerah daripada warna panau dan tidak mempunyai deria rasa.

2) Berbiji-biji (modul) pada mana-mana bahagian tubuh.

3) Hilang keupayaan, jari tangan lumpuh dan tidak boleh bergerak (claw hand), kaki jatuh (foot drop)

4) Timbulnya ulser yang kronik dan sukar untuk sembuh
Langkah Pencegahan

-Perlu menjaga kebersihan tubuh dan pakaian
-Jika terdapat luka yang terdedah haruslah mendapat rawatan segera

Komplikasi

-Hilang fungsi pergerakan anggato jari tangan dan kaki
-Jika kusta terkena pada mata ia boleh menyebabkan luka (ulser) terutama pada kornea yang membawa kepada kebutaan
-Menjejaskan banyak organ manusia terutama mukosa bahagian atas saluran pernafasan, hati dan testes

Rawatan/Pengesanan

-Pesakit perlu diasingkan bagi jenis MB dalam tempoh tiga hingga enam minggu.