MANDUL

Pengenalan Penyakit

-Dianggarkan 30% daripada masalah kemandulan (kesuburan) berpunca daripada pihak suami manakala 30% lagi dari isteri.
-Apabila janin yang berjantina perempuan terbentuk dalam rahim ibunya, ia dibekalkan hampir 2 juta bakal benih yang tersimpan di dalam sepasang kilang atau ovari.
-Kedua-dua belah ovari yang terbentuk di bawah kedua-dua buah pinggang akan turun perlahan-lahan ke arah pinggang dan terlekat di kedua belah rahim
-Telur-telur ini tidak akan berfungsi sehinggalah gadis tersebut mencapai umur matang
-Kesannya hanya 50,000 biji telur yang tinggal dan berupaya mengembang apabila perlu untuk menjadi telur yang matang
-Ovari yang mula berfungsi menghasilkan benih-benih yang matang apabila menerima rangsangan hormon FSH dan LH dari organ pitnitari otak.Secara am,kedua-dua belah ovari bergilir-gilir menghasilkan telur bagi setiap pusingan haid,

Jenis-Jenis Penyakit

-Kemandulan primer – mereka yang tidak pernah hamil atau melahirkan cahaya mata
-Kemandulan sekunder – mereka yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat, samada mengalami keguguran atau  kandungan yang tidak cukup bulan.

Punca penyakit / Faktor Risiko

1) Kurang rangsangan hormon dari otak
  -Terdapat beberapa penyakit atau keadaan yang mempengaruhi penghasilan telur
 
   a) kemurungan (depression) atau kesedihan yang amat sangat
   b) kerungsingan atau ketegangan seperti menghadapi peperiksaan atau       bermasalah
   c) Tiroid atau beguk
   d) Penyakit buah pinggang
   e) Barah prolaktinanoma dari organ pitnitari di otak -ia menghasilkan       hormon prolaktin yang mengurangkan penghasilan hormon FSH dan LH       dari otak
   f) Sindrom sheehan – apabila wanita tersebut mengalami pendarahan yang       banyak semasa melahirkan anak yang akhir berlaku pengecutan organ       pitnitari di otak.Ia tidak akan mengalami pusingan haid selepas             kelahiran tersebut.
 
  -Masalah Ovari (kilang telur)

   a) Jangkitan bakteria atau virus- menyebabkan kerosakan secara menyeluruh terhadap kedua- dua ovari.Telur yang sihat tidak       dapat dihasilkan atau dirangsang menjadi matang.Virus yang berkaitan ialah virus ‘mumps’ yang mengakibatkan bahagian          kelenjar air liur bengkak.
   b) Rawatan radioterapi atau antikanser- Mereka yang menjalani rawatan radioterapi pada bahagian pinggang atau tulang             pinggul,terdapat kemungkinan tisu-tisu ovari termasuk telur akan musnah.
   c) Sindrom polycystic ovari- satu keadaan di mana terdapat ketidakseimbangan hormon dari ptnitari
                              – biasanya yang bertubuh gemuk dan ada kalanya mereka mempunyai misai atau janggut
                              – pusingan haid yang tidak menentu dan kadang kala tiada haid selama 6 bulan atau lebih
   d) Walaupun mempunyai telur yang banyak pada keadaan yang tidak sesuai ia tidak dapat membesar atau pecah untuk             mengeluarkan benih

  -Sindrom turner -wanita yang dilahirkan tanpa ovari dan memiliki rahim yang kecil serta bertubuh kecil.
                  -mereka yang tidak mempunyai pusingan haid dan tidak subur kerana mereka tiada benih.

  -Masalah saluran fallopian -penyumbatan saluran atau kehilangannya menyukarkan penyedutan benih dari telur yang pecah       bersama-sama sperma untuk melakukan persenyawaan.
  
    -Ia berpunca daripada :
                          
      (a) Jangkitan saluran fallopia – berlaku jangkitan penyakit kelamin atau bakteria selepas melahirkan atau menggugurkan           kandungan dan akibat jangkitan kuman TB
      (b) ‘endometriosis’ atau senggugut- apabila terdapat selaput rahim termasuk ke dalam saluran fallopian dan melekat di           luar rahim serta ketika pusingan haid pendarahan berlaku dalam rahim, saluran fallopian dan luar rahim.
      (c) Ia menghalang sperma untuk hidup- Saluran fallopian tidak bersambung dan wanita yang dilahirkan dengan saluran           fallopian terbantut dan tidak bersambung di hujungnya.
 
  -Masalah rahim

     a) Fibroid, polip atau adenomiosis
        -Ketumbuhan fibroid dan polip dalam rahim atau senggugut pada dinding rahim boleh menghalang janin melekat pada                dindingnya.Ia boleh membentuk pada mana-mana bahagian rahim dan membesar mengikut masa.
        -adenomiosis ialah keadaan senggugut di mana selaput rahim memasuki ke dalam rahim
        -Keadaan ini menyebabkan kandungan haid yang banyak sehingga darah keluar berketul-ketul.

     b) Jangkitan Rahim
        -Jangkitan penyakit kelamin atau TB boleh merosakkan selaput rahim sehingga ia tidak sesuai menerima janin.
        -Sperma boleh mati akibat keadaan toksik dalam rahim

     c) Lapisan selaput rahim terlalu nipis
        -Ketika melalui operasi mencuci rahim (D & C) kerana pendarahan atau keguguran
        -Ketika haid terdapat beberapa titik darah yang keluar atau tiada lansung.

 -Masalah pangkal rahim
   
    -Pintu rahim tersumbat
    -Operasi D & C atau jangkitan pangkal rahim menghalang sperma memasuki rahim
    -Jangkitan faraj atau pintu rahim
    -Keluanya keputihan yang gatal (jika jangkitan kulat), lendir kekuningan atau kehijauan jika jangkitan kuman
    -Baunya agak busuk dan bahagian luar kemaluan menjadi kemerah-merahan
    -antibodi terhadap sperma
    -Penghasilan antibodi dalam cairan pangkal rahim boleh menjejaskan pergerakan sperma dan mati apabila memasukinya

 -Masalah telur
 
  1)Telur yang kurang berkualiti
    -walaupun telur banyak dihasilkan namun ia kurang berkualiti meskipun berlaku persenyawaan
    -ia biasanya berlaku pada wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

  2)Telur berkulit tebal
    -ia menyukarkan sperma yang paling aktif untuk menembusinya sekali gus menghalang persenyawaan.
    -sekiranya sperma berjaya menembusinya janin yang terbentuk akan terbentuk pertumbuhannya atau lupus terus di dalamnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: