FOBIA

Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus. Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama.Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders).umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa (abnormal fears).

Jenis-jenis fobia.

1)Fobia biasa (Simple Phobia)
2)Fobia agora (Agora Phobia)
3)Fobia Sosial (Social Phobia)

-Fobia biasa dikatakan jarang sekali berlaku. Antara ciri=cirinya adalah takut  pada ular,kegelapan,lif,menaiki kapalterbang atau berada ditempat tinggi.
-Fobia Agora biasanya bagi mereka yang takut berada di tempat-tempat umum  seperti pasar,dalam bas,atau jambatan atau keadaan bersesak-sesak dengan  orang ramai.
-Fobia sosial berlaku apabila seseorang itu merasa takut,tidak selesa dan  cemas dalam situasi seperti perjumpaan,berinteraksi dengan rakan atau makan  di khalayak ramai.

Langkah pencegahan.
-Penghidap seharusnya tidak mengelakkan diri daripada berhadapan dengan   situasi yang ditakuti.
-Yakinkan diri bahawa tiada bahaya akan menimpa anda.
-Teknik relaks (relaxation techniques).
-Tumpukan perhatian dan fikiran pada sesuatu yang positif bagi membantu  meneutralkan perasaan bimbang atau takut yang dialami

Komplikasi.
-Kemurungan (depression).
-Gangguan dari aspek aktiviti harian atau sosial.
-Panik.
-Mengambil minuman keras secara berlebihan.
-Merasa rendah diri (inferiority complex) dan tidak mempunyai ramai kawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: