Posts Tagged ‘penawar’

BRONKITIS

-Sejenis penyakit yang juga dikenali sebagai radang paru-paru.Ia menyebabkan penyempitan saluran pernafasan serta hilang fungsi mengembang dan menguncup.
-Dua fenomena akan berlaku iaitu’hiposemia’iaitu kekurangan oksigen dalam darah dan ‘hipercapnia’ iaitu penakungan bahan kumuh karbon dioksida yang tidak dapat dikeluarkan oleh paru-paru.
Jenis-Jenis Penyakit

-CAD (Chronic Obstructive airways disease)
-penyempitan saluran pernafasan secara kronik
-IOAD (Irreversible obstructive airways disease
-Ia adalah penyakit kelainan genetik kerana kekurangan antitripsia antibodi menyebabkan seseorang itu menderita’amphesema’ pada usia muda.Implikasinya tisu paru-paru(alveoli)akan mengembang dan merosakkan dinding pundi-pundi udara akhirnya hilang sifat keanjalan(elasticity)

Punca Penyakit/Faktor Risiko

-Tabiat merokok
-Pencemaran udara dari industri dan pembangunan
-Asap dari kenderaan
-Jangkitan paru-paru yang berulang-ulang seperti pneumonia,virus dan TB
-Penyakit Asma
-Alahan dan rentetan dari radang hidung atau resdung
-Kelainan genetik

Tanda-Tanda/Simptom

-Sesak nafas
-Batuk berpanjangan dan berkahak
-Tidak dapat tidur dengan selesa
-Berasa lemas
-Bibir,mulut,jejari menjadi biru
-Sakit kepala(rasa seperti bengang)
-Pengsan kerana keracunan dalam darah

*Fizikal bagi emphesema :
-Kurus kering
-Sukar bernafas
-Proses pengembangan dan pengucupan tidak sempurna tapi tidak biru(pink puffers)

*Fizikal bagi’chronic bronchitis’:
-Bertubuh kronik
-Masalah kesukaran bernafas tidak ketara
-Mengalami kebiruan pada mulut,jari dan bibir
-Bengkak pada kaki dan badan(Blue blotters)

Langkah pencegahan
-Meninggalkan tabiat merokok
-Hidup dalam persekitaran yang bersih

Komplikasi
-Mudah mendapat jangkitan paru-paru dan pneumonia
-Kegagalan jantung (corpulmonale)
-Kekurangan oksigen dalam darah menyebabkan hati,jantung,buah pinggang dan otak tidak berfungsi dengan sempurna
-Pengsan secara tiba-tiba

Rawatan/Pengesanan

-Rawatan bronchodilator dan antibiotik
-Ujian X-ray
-Ujian pernafasan
-Ujian CT Scan
-Ujian kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam darah(blood gueses)

Atasi kulit berminyak

Kelenjar minyak yang terlalu aktif sehingga produksi minyak pada kulit menjadi berlebihan, adalah salah satu penyebab mengapa kulit seseorang berminyak. Faktor genetik, hormon, pola makan, udara dan gaya hidup seperti kebiasaan merokok adalah penyebab mengapa kulit kita berminyak. Ciri khas yang paling kelihatan iaitu berpori lebar sehingga cenderung mudah berjerawat dan tentu saja amat cepat berminyak, sehingga make up biasanya tidak bertahan lama. Namun sisi baiknya, kerutan pada wajah ataupun pigmentasi muncul lebih lambat seiring pertumbuhan usia dibandingkan jenis kulit lain, seperti kulit normal atau kering.
 
 
  Berikut beberapa tips merawat kulit berminyak:

1. Bersihkan wajah 2-3 x sehari dengan jenis sabun pembersih bebas minyak (oil-free). Jika melakukan scrubbing, lakukanlah dengan lembut. Menekan dan menggosok-gosoknya dengan keras hanya akan membuat kulit cedera. Sediakan cleansing pad saat aktif ,apabila anda sudah harus membersihkan wajah namun tidak tersedia toilet umum di sekitar Anda.
2. Jangan menggunakan produk pembersih hanya atas cadangan orang lain walau dari orang yang ahli sekalipun. Bila Anda sudah menemukan produk pembersih yang sesuai dengan kulit, anda tak perlu menggantinya lagi.
Cuci muka dengan menggunakan air hangat. Air yang cenderung panas hanya akan mengikis kadar kelembapan yang diperlukan oleh kulit. Sementara air dingin akan mengejutkan kulit Anda.