Merawat Selsema dirumah cara terbaik

Pengubatan sendiri selsema di rumah seperti berehat  serta bersikap penyabar ternyata merupakan cara terbaik untuk mengubati penyakit selsema.Hidung yang tersumbat dan batuk paling baik diubati dengan cara pernafasan iaitu sebelum tidur untuk membantu istirehat anda di malam hari selain itu aromaterapi seperti camomile atau minyak kayu putih perlulah dihidu untuk melancarkan pernafasan kerana minyak dan wangian itu akan dapat mengeringkan selaput lendir dalam hidung.

 

Selain itu mengurut dada dengan ubat gosok seperti ‘eucalyptus ointment’juga dapat membantu bernafas dengan mudah,ketika tubuh diserang demam maka tubuh akan menghasilkan lendir yang berfungsi mengahalu kuman.Penghidap demam ini boleh membantu dengan meminum air yang banyak sekurang-kurangnya tiga atau empat liter sehari.

Jika kepala terasa pening dan demam terus berlanjutan selama beberapa hari hindari dari makan tablet penghilang pening dan jika kahak atau lendir sudah bertukar menjadi warna hijau kemungkinan anda sudah diserang infeksi dan anda perlu segera mendapatkan rawatan.

Disamping itu melakukan perawatan ketika selesama dengan menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap kuat  dapat mempercepatkan tempoh untuk sihat sepenuhnya dan cara yang boleh dilakukan ialah olahraga.Namun bak kata pepatah “Mencegah lebih baik daripada mengubati,oleh itu olahraga perlu dilakukan secara teratur.

Leave a comment